Tak perlu risau harga kereta turun

at Wednesday, 22 May 2013 [ 19:42 ]

Industri automotif bakal menyaksikan persaingan yang sihat jika kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat, kata Ketua Eksekutif BMW Group Malaysia Gerhard Pils.
Beliau berkata, penurunan itu akan menyebabkan PROTON Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) perlu bersaing dengan kereta import di pasaran tempatan dan juga antarabangsa.
“Pengeluar tempatan tidak perlu bimbang jika kerajaan mengurangkan harga kereta. Mereka perlu mula berfikir bagaimana menambah baik kereta tempatan dan bersaing dengan pengeluar antarabangsa yang lain seperti Honda, Mazda dan Mercedes Benz,” katanya kepada BERNAMA.
Jika kerajaan mengurangkan harga kereta secara serta merta seperti yang diingini oleh pembangkang, ia hanya membawa berita baik kepada pembeli tetapi tidak kepada pengeluar dan pengedar seperti kami." Gerhard Pils, Ketua Eksekutif BMW Group Malaysia
Cipta teknologi baru
Pils berkata, kedua-dua pengeluar tempatan dan asing boleh mengadaptasikan teknologi canggih, buka saja bagi mencipta teknologi baharu tetapi juga mengembangkan teknologi yang sedia ada untuk mencipta masa depan industri automotif yang lebih cerah.
“Mereka boleh mengadaptasikan teknologi tinggi, yang dimiliki pesaing masing-masing dan mereka boleh meningkatkan kelemahan masing-masing dengan mengkaji teknologi tinggi,” katanya.
Pils berkata, penurunan harga kereta secara berperingkat juga akan membuka minda pengeluar untuk mencipta sesuatu yang lebih canggih bagi menarik perhatian pembeli.
Beliau menyokong inisiatif kerajaan dalam menurunkan harga kereta secara berperingkat kerana ia dapat menjaga kepentingan industri automotif tempatan.
“Jika kerajaan mengurangkan harga kereta secara serta merta seperti yang diingini oleh pembangkang, ia hanya membawa berita baik kepada pembeli tetapi tidak kepada pengeluar dan pengedar seperti kami.
Kaji harga runcit
“Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, iaitu berperingkat, ia akan memberikan kami masa untuk mengkaji harga runcit baharu kereta yang sesuai dengan kos bahan mentah, pengeluaran dan lain-lain lagi,” katanya.
Pils turut yakin bahawa industri automotif akan terus berkembang dengan pesat di Malaysia jika penurunan harga kereta itu berlaku.
Kerajaan sebelum ini memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.