Pemilik kedai dalang curi kabel TNB

at Thursday, 16 May 2013 [ 01:24 ]

Teluk Intan: Kekerapan berlaku kes kecurian kabel dan wayar Tenaga Nasional Berhad (TNB) di daerah ini sejak beberapa bulan lalu terbongkar apabila seorang pengusaha kedai membeli barangan lusuh dikenal pasti menjadi dalang kegiatan jenayah itu, kelmarin.

Suspek berusia 43 tahun itu dipercayai mengaut keuntungan dengan membeli wayar aluminium, batang besi tembaga dan pelbagai logam lain dari kumpulan tertentu yang menjalankan kegiatan mencuri barangan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, kegiatan itu dipatahkan selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis daerah Hilir Perak melakukan siasatan terhadap kes kecurian itu yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, anggota JSJ yang menganggotai kumpulan Ops Lusuh itu menyerbu sebuah kedai membeli barangan lusuh di Batu 8, Jalan Maharaja Lela, di sini, jam 12 tengah hari.

Foto

PEGAWAI Penyiasat Sarjan Ngadeni Tukiran menunjukkan barangan logam dan kabel yang dirampas daripada suspek.

Hasil serbuan itu, polis menemui sejumlah barangan curi termasuk wayar, kabel serta batang tembaga di percayai milik TNB dalam kedai berkenaan.

Ikuti kami melalui RSS 2.0.
Komen
Kongsi
Recomendations

footerwidget2

footerwidget1

footerwidget4

footerwidget3

Inilah Kehidupan, ISLAM itu bukanlah agama semata, ISLAM itu adalah kehidupan, mengajarkan kita setiap perkara mengenai kehidupan dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.